Saya kerap kali didatangi pesakit yang mengadu sakit lutut, terutama mereka yang berumur lebih dari 50 tahun.
Selalunya saya akan memberi penerangan mengenai sakit lutut yang dihadapi dan seterusnya memberi kaunseling mengenai apa yang mungkin dihadapi oleh seseorang itu kemudian hari. Dibawah ini saya telah mengumpulkan soalan-soalan yang lazim ditanya di klinik saya:
DOKTOR MENGATAKAN SAYA
MENGALAMI MASALAH OSTEOARTRITIS SENDI LUTUT – APAKAH ITU?
“Arthritis” bermaksud “sakit sendi”. Terdapat bermacam jenis sakit sendi, namun
sakit sendi yang paling lazim dialami
oleh seseorang yang meningkat umurnya
adalah apa yang dinamakan “osteoarthritis”
Di dalam osteoarthritis, disebabkan
umur yang lanjut, lapisan rawan yang melapisi hujung sendi menjadi haus, dan dalam
keadaan tertentu, lapisan rawan ini terhakis terus sehingga lapisan tulang di
bawah akan terdedah kedalam sendi. Hujung tulang yang terdedah akan berlaga
antara satu sama lain didalam sendi dan menyebabkan kesakitan.
Osteoartritis juga boleh
berlaku jika seseorang itu mengalami kecederaan sendi atau jangkitan kuman di
sendi pada masa dahulu atau semasa usia mudanya.
DIA JUGA MENGATAKAN BAHAWA
SAYA MUNGKIN PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN PENGGANTIAN SENDI LUTUT DI MASA
HADAPAN.
Bagi majoriti pesakit yang
mengalami ostoeartritis ini, selalunya rawatan awal adalah dengan cara
konservatif ( tidak perlu pembedahan): memberi ubat anti inflamatori,
fisioterapi, pengurangan berat badan dan juga modifikasi aktiviti. Walaupun
begitu, sakit osteoarthritis ini adalah satu penyakit yang progresif – bermakna
akan tiba suatu ketika dimana semua rawatan konservatif yang diberikan selama
ini tidak lagi berkesan. Oleh itu disarankan bahawa pesakit berbincang dengan
pakar ortopedik untuk rawatan selanjutnya.
APAKAH DIA PETANDA
MENUNJUKKAN BAHAWA PESAKIT ITU PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN INI.
Tujuan utama pembedahan ini
adalah untuk mengurangkan sakit di lutut . Jadi, seperti yang diterangkan
diatas, pembedahan disarankan jika rawatan konservatif tidak lagi berkesan
untuk mengurangkan sakit di lutut.
Seringkali kita dapati
pesakit menanggung kesakitan di lutut hampir setiap masa - tatkala berjalan, naik dan turun tangga dan
keluar berjalan.. Sakit ini bukan sahaja menggangu aktiviti rutin harian bahkan
juga menggangu tidur seseorang itu.
Pesakit sentiasa memerlukan ubat penahan sakit, hampir setiap hari.
Dalam jangka panjang ubat penahan sakit ini boleh memberi kesan sampingan seperti sakit gastric dan penyakit buah
pinggang. Pembedahan ini mampu mengurangkan keperluan ubat penahan sakit ini
dan seterusnya risiko kesan sampingan itu.
PERLUKAH SAYA MENJALANI
PEMBEDAHAN INI?
Bila diajukan soalan ini,
apa yang saya katakan adalah ianya bukan satu prosidur untuk menyelamatkan
nyawa, yaitu jika pembedahan tidak dijalanakan, nyawa seseorang itu terjejas.
Walaupun begitu, pembedahan ini mampu memberi perubahan kepada kualiti
kehidupan seseorang – dengan mengurangkan
sakit di lutut, seseorang itu mampu menjalani aktiviti harian yang tidak dapat
dilakukan sebelum pembedahan ini.
No comments:
Post a Comment