Monday, February 7, 2011

Terapi ExtraCorporeal Shock Wave (ESWT) untuk sakit tumit - Video

(ExtraCorporeal Shock Wave Therapy for Plantar Fasciitis)

Didalam blog sebelum ini, saya telah menulis mengenai cara-cara untuk melegakan kesakitan sakit tumit.

Salah satu kaedah baru untuk merawat masalah ini ialah dengan menggunakan kaedah Terapi gelombang kejutan Extracorporeal, atau ESWT.
Ia merupakan satu rawatan alternatif kepada pembedahan dan nyata berkesan untuk pesakit yang mengalami sakit plantar fasciitis yang kronik.

Bagaimana mesin ini berfungsi? Caranya ialah dengan menumpukan gelombang kejutan kepada tisu-tisu badan yang terjejas. Apabila tisu-tisu ini menerima gelombang kejutan ini, ia   akan mengalami mikrotrauma . Mikrotrauma ini memulakan tindak balas penyembuhan oleh badan, dan seterusnya merangsang proses pembaikan dan melegakan gejala fasciitis plantar.

Sesi rawatan hanya mengambil lebih kurang 20 minit dan boleh dibuat di unit fisioterapi ataupun di klinik. Untuk rawatan ini, pesakit disyorkan menjalani sesi rawatan seminggu sekali selama tiga hingga lima kali

Selain dari merawat masalah plantar fasciitis, terapi ini juga mampu menyembuh masalah tisu lain seperti sakit "tennis elbow" dan "achilles tendinitis"

Lihat video seterusnya dimana prosedur ini dibuat keatas seorang pesakit di unit fisioterapi.






No comments:

Post a Comment