Osteoporosis. Saya yakin anda semua sudah biasa mendengar
perkataan itu kan? Apakah yang tertera di fikiran anda apabila seseorang
menyebut "osteoporosis"? Imej yang selalu kita kaitkan adalah seorang wanita tua yang bongkok,
berjalan dengan menggunakan tongkat (macam nenek kebayan!)
Osteoporosis dengan sendirinya tidak menimbulkan banyak masalah. Sesungguhnya, osteoporosis,
seperti tekanan darah tinggi, selalunya tidak mempunyai simtom atau gejala. Ia hanya tatkala pesakit terjatuh dan mengalami keretakan atau
kepatahan tulang yang masalah
osteoporosis ini timbul.
Ingin saya memberi contoh. Awal minggu ini, saya telah
dipanggil untuk ER. Seorang makcik berumur 85 tahun telah tergelincir dan jatuh di salah
satu pasar raya berdekatan sini. Dia tidak dapat berjalan setelah
jatuh dan mengadu sakit yang teruk di sebelah pinggul kanan. Actually, kalau pesakit itu seseorang wanita
muda, maybe dalam lingkungan 20-an, beliau tidak akan mengalami apa-apa
kecederaan. (okey lah, mungkin ada lebam sedikit dekat punggung ..) Akan
tetapi, pesakit ini adalah dari golongan warga tua; dia mempunyai tulang yang rapuh disebabkan
osteoporosis, maka kejatuhan minor ini berkemungkinan tinggi membawa kepada
keretakan atau kepatahan tulang.
Jadi, berbalik
kita kepada wanita tua ini. Selepas bercerita sedikit dan membuat pemeriksaan yang singkat, saya
mengalihkan perhatian saya kepada X-ray beliau. Gambar itu telah mengesahkan apa
yang saya syaki sebelum ini: pesakit telah mengalami patah pinggul kanan.
Bagi seseorang yang mempunyai
masalah osteoporosis, lazimnya tulang
mengalami patah di tiga tempat yang biasa di badan: Pergelangan tangan, tulang belakang
dan pinggul. Antara ketiga-tiga ini, patah tulang pinggul merupakan
masalah yang paling mengaibkan. Selain daripada menanggung kesakitan,
seseorang yang mempunyai masalah patah tulang pinggul biasanya terlantar di katil
melainkan pembedahan dilakukan untuk membetulkan keadaan. (Anda masih boleh berjalan jika
anda mengalami patah pergelangan tangan, kan?)
Usia bukan sahaja meningkatkan risiko
osteoporosis, tetapi ia juga meningkatkan risiko kejatuhan. Ini adalah kerana warga tua mempunyai
faktor tertentu seperti dibawah:
Ubat-ubatan yang mereka makan boleh menyebabkan mengantuk, dan beberapa jenis ubat untuk merawat tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kejatuhan sementara tekanan darah ketika mereka bangun dari katil.
Penglihatan yang kabur mungkin menyebabkan kaki mereka tersangkut di lantai ataupun semasa menaiki tangga, terutama di kawasan-kawasan yang kurang dinyalakan pada waktu malam.
Jisim otot berkurangan sekadar dengan peningkatan umur, dan boleh membawa kepada masalah dalam perseimbangan badan. Begitu juga refleks menjadi lebih perlahan, oleh itu menjadikan ia sukar bagi warga tua untuk membetulkan ketidakseimbangan badan dengan cepat.

Selepas mendengar cerita diatas, anda mungkin bertanya jika kita boleh
melakukan sesuatu tentang perkara ini. Jika anda tujukan persoalan itu
kepada saya, saya akan menyatakan bahawa, selain dari pencegahan dan rawatan
osteoporosis , mengurangkan risiko kejatuhan tidak kurang pentingnya dalam penjagaan
seseorang individu yang mengalami osteoporosis dan fakta ini tidak sewajarnya
diabaikan.